Followers

Wednesday, January 16, 2019

TADIKA CAHAYA HIDAYAH




Assalamualaikum w.b.t. 

Terima Kasih melawat ke blog Tadika Cahaya Hidayah.

Alhamdulillah.... Syukur Kehadrat Ilahi diatas Rahmat dan Limpah KurniaNya serta KeizinanNya diatas penubuhan Tadika Cahaya Hidayah sejak tahun 2009 sehinggalah kini Tadika Cahaya Hidayah bergiat aktif dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. TCH juga mempunyai guru-guru yang berpengalaman luas dan berkemahiran dalam menyampaikan maklumat kepada anak didiknya.

Kepada ibu/bapa yang masih mencari tadika seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun. Boleh mendaftarkan anak-anak di TCH yang bertempat di L2-13, Times 89, Business Plaza 8A/133, Taman Sri Sentosa 58000 Kuala Lumpur, Malaysia.




Kenapa Perlu Daftar di Tadika Cahaya Hidayah ?..
  1. TCH adalah sebuah pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, dan kreatif.
  2. "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Begitulah pepatah lama dahulu yang menasihat sesama manusia agar pentingnya pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa? kerana TCH adalah diantara salah satu tadika yang berteraskan Islam dan mempraktikkan kepada murid-murid secara teori dan menjadi amalan dalam diri mereka.
  3. TEKNIK BERKESAN...? Ya... TCH menggunakan teknik yang berkesan dalam mendidik murid-murid supaya mereka Bijak Dalam Membaca dan Menulis Lebih Pantas, Sempurna dan Berkesan Seawal Usia 4 Tahun.
  4.  "Satu Dalam Satu dan Satu Dalam Semua (One In One And One In All)". Kaedah seperti ini sangat efektif kepada perkembangan kanak-kanak dimana para pelajar akan di Pantau Tahap Pembelajarannya SEORANG DEMI SEORANG oleh guru-guru Secara Kerap dan Secara Peribadi bagi memastikan Setiap Pelajar tidak akan ketinggalan dan mampu menguasai pembelajaran dengan lebih baik dalam membina Perkembangan Rohani, Emosi, Intelek dan Jasmani para pelajar.
Bagaimana Cara Mendaftar ?..

Ibu/bapa boleh terus hadir (Walk-in) di L2-13, Times 89, Business Plaza 8A/133, Taman Sri Sentosa 58000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut.

No comments:

Post a Comment