Anak atau cahaya mata adalah anugerah Allah SWT yang seharusnya dididik dan
dijaga dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.Sejak usia 4 tahun
hingga 6 tahun. Pendidikan anak-anak adalah sangat penting.Pendidikan awal
kanak-kanak dalam tempoh dan di peringkat ini akan memacu ke arah kejayaan
mereka di sekolah rendah dan menengah kelak.
Anak atau cahaya mata adalah anugerah Allah SWT yang seharusnya dididik dan
dijaga dengan penuh kasih sayang dan rasa tanggungjawab.Sejak usia empat tahun
hingga enam tahun,pendidikan anak-anak adalah sangat penting.Pendidikan awal
kanak-kanak dalam tempoh dan di peringkat ini akan memacu ke arah kejayaan
mereka di sekolah rendah dan menengah kelak.
Bagi pasangan yang belum dikurniakan anak,mereka akan berusaha untuk
mendapatkan zuriat.Manakala bagi yang telah dianugerahkan anak,maka mereka
sewajarnya menjaga dan mendidik amanah Allah itu dengan penuh rasa kasih sayang
dan tanggungjawab. Didiklah anak dengan penuh amanah bagi melahirkan generasi
muda yang berilmu,beriman,beramal dan berakhlak sebagai pelapis pada masa akan
datang.
Fenomena pada masa kini,ada insiden anak-anak kecil atau bayi malang yang
tidak berdosa cedera atau maut akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga. Anak-anak
kecil hanya bergantung kepada kedua-dua ibu bapa atau penjaga mereka dalam soal
pendidikan dan keselamatan diri. Melalui pendidikan awal, kanak-kanak akan
didedahkan dengan bahan bergambar serta bahan bacaan yang mudah dan menarik,hingga
mampu mengenal huruf dan angka serta belajar membunyikan perkataan yang mudah
dan senang.
Ingatlah bahawa anak-anak perlu dijaga, dididik dengan
sebaik-baiknya. Kalangan bayi atau anak-anak yang berusia tujuh tahun ke bawah masih
belum matang dan tidak dapat memikirkan tentang sesuatu bahaya yang mendatang
seperti ketika berada di jalan raya,di padang atau ditaman permainan.
Kajian psikologi Islam menyatakan anak-anak yang belum baligh perlu dididik
dan dijaga dengan baik akan keselamatan mereka daripada pelbagai bahaya yang
mengancamnya. Ini disebabkan mereka tidak mempunyai akal yang matang untuk
bertindak dan menyelamatkan diri sendiri. Peneguhan di peringkat awal juga
mestilah meliputi perkembangan fizikal,mental, sosial dan emosi.
Psikologi pendidikan juga menekankan pada peringkat prasekolah (usia 4
hingga 6 tahun) kanak-kanak belajar mengenai peranan mengikut
jantina.Misalnya,kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti
memasak, membasuh kain, mengemas rumah dan sebagainya. Kanak-kanak juga berkawan
dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada disekitar rumahnya. Kanak-kanak
juga terlibat dalam permainan berkumpulan. Kanak-kanak diperingkat ini juga
mengalami proses perkembangan moral dan sosial atau disebut sosialisasi.
Oleh itu, ibu bapa mestilah berlaku adil terhadap anak-anak dan sentiasa
menyayangi mereka. Elakkan anak-anak daripada terlibat dengan kemalangan jalan
raya dan pelbagai ancaman lain yang membahayakan mereka. Selalulah memberikan
perhatian kepada mereka supaya tidak terlibat dengan kemalangan ditempat atau
di padang permainan.
Jika dikaji dan ditinjau semua bayi dan kanak-kanak ini maut akibat kecuaian
atau secara tidak sengaja. Maut dan kematian adalah kuasa Allah SWT, tetapi
sebab musababnya adalah disebabkan oleh kecuaian manusia.
Cintailah anak-anak dan sayangilah mereka. Apabila menjanjikan sesuatu kepada
mereka, maka tepatilah. Sesungguhnya, yang mereka ketahui hanya andalah ibu bapa
mereka yang memberi mereka rezeki. Mencintai anak-anak dan menyayangi mereka
adalah suatu tanggungjawab dan amanah Allah SWT. Laksanakan sebaik-baiknya
tanggungjawab tersebut termasuk jangan mengabaikan keselamatan anak-anak.
Dalam hal pendidikan anak-anak ini didiklah agamanya, akalnya dengan ilmu,
galak mereka membaca bahan-bahan yang bergambar yang menjurus kepada ilmu,
iman dan akhlak. Elakkan anak-anak daripada terlalu asyik bermain telefon bimbit
atau telefon pintar dan permainan komputer sama ada online atau offline yang
boleh menyebabkan mereka leka, lalai dan hilang minat untuk belajar. Begitu juga
kawal mereka dalam menonton program televisyen yang ada unsur ganas,seks dan
seram.
Dalam memberikan sesuatu kepada anak-anak, ibu bapa diminta supaya sentiasa
bersikap adil dan sama rata. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sama ratakan
pemberianmu kepada anak-anakmu.Jika aku akan mengutamakan yang satu terhadap
yang lain,tentu aku akan mengutamakan pemberian kepada yang perempuan.”
(RiwayatAth Thabrani).
Berkaitan dengan pendidikan anak juga,melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia(PPPM) 2013-2025 (pendidikan prasekolah hingga lepasan menengah),ada
ditegaskan bahawa setiap anak atau murid digalakkan mempunyai enam ciri utama
antaranya mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir aras tinggi,kemahiran
memimpin,kemahiran dwibahasa, mempunyai etika dan pengetahuan kerohanian serta
mempunyai identiti nasional.
Semua didikan ini boleh dilakukan oleh ibu bapa bermula di rumah dan
juga diperkasakan lagi oleh guru-guru di sekolah. Pendidikan Prasekolah mestilah
menjurus kepada pembinaan akal budi anak dan murid. Nilai yang baik seperti
mendengar nasihat, menyemai kasih sayang dan memahami bahaya di sekeliling
mereka perlu di tegaskan selalu.
Pendidikan prasekolah anak turut menekankan tentang aspek
pendidikan iman, amal,ibadah,dan akhlak. Pendidikan dunia dan akhirat mestilah
seimbang. Seterusnya mendidik budi bahasa dan nilai-nilai murni yang menjadi
amalan masyarakat di Malaysia. Nilai murni dan budi bahasa sangat penting kepada
anak-anak agar tidak terpengaruh dengan budaya Barat yang boleh memesongkan
akidah mereka.
Beberapa pandangan ilmuwan dan tokoh agama menjelaskan bahawa pendidikan
anak sangat penting dilakukan sejak kecil hingga dewasa dan dilakukan secara
berterusan melalui nasihat,teguran,bimbingan yang berhikmah.Lazimnya anda berpeluang
mendidik anak secara langsung hanya sehingga usia mereka 10 tahun. Selebihnya
anda mampu mempengaruhi mereka melalui teladan percakapan dan perbuatan
yang baik.
Tokoh ilmuwan menyatakan, adab dan akhlak yang buruk seperti
tembikar yang sudah pecah, tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat
dikembalikan menjadi tanah. Oleh itu, pendidikan adab dan akhlak sangat penting
dididik diperingkat awal usia kanak-kanak.
Kesimpulannya, anak-anak kecil sejak bayi lagi hingga usia lapan tahun
memerlukan didikan jiwa dan hati. Manakala penjagaan keselamatan dirinya sangat
penting bagi mengelakkan mereka terjebak dalam pelbagai bahaya yang boleh
membawa maut atau kesengsaraan kepada mereka sepanjang hayat. Lantaran itu,
pendidikan awal sangat penting bagi memacu kejayaan diperingkat sekolah rendah
dan menengah.
Bagaimana Cara Mendaftar ?..
Ibu/bapa boleh terus hadir (Walk-in) di L2-13, Times 89, Business Plaza 8A/133, Taman Sri Sentosa 58000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Untuk Maklumat Lanjut.
http://www.wasap.my/60172690401/Tadika+Cahaya+Hidayah

No comments:
Post a Comment